JOM RIADAH....
uji kekuatan tangan......go dibah...go pira.... |
dibah |
pira |
akrimi |
Hadith:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah lebih menyayangi orang Mu'min yang kuat daripada orang Mu'min yang lemah'.
Allah lebih menyayangi orang Mu'min yang kuat daripada orang Mu'min yang lemah'.
( hadis riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
1. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani
manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang
seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai
khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.
2. Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah S.W.T serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.
3. Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah S.W.T dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah S.W.T sebagai kaffarah bagi dosa yang dilakukan.
4. Pepatah Arab menyebutkan:Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.
No comments:
Post a Comment